Thursday, June 18, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

LIRIK LAGU SATU







saya berasa puas hati
menolong ibu bapa setiap hari
bermula di pagi hari
sehingga malam nanti


ibu bapa yang disayangi
saya tetap behati-hati
menjaga budi pekerti 
keluarga saya yang dicintai


saya sayang ibu dan bapa
abang, kakak, adik dan saudara
mereka semua ada bersama
semasa saya memerlukan mereka


Model ini menceritakan tentang seorang anak yang berpuas hati dengan kelurganya. Ini bermakna dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang menyanyanginya. Bermula di pagi hari dia  mula rutinnya dengan menolong ibu bapanya melaksanakan tugas rumah. Dia melakukan kerja seharian sehingga ke malam hari. Ini boleh dikatakan bahawa anaknya ini seorang yang suka menolong ibu bapanya. Baginya menolong ibu bapanya dapat membuatkan dirinya merasa puas hati. Melalui amalan tolong-menolong juga membolehkan hubungan keluarga semakin akrab. Tidak dapat dinafikan bahawa keluarga amat penting bagi dirinya. Setelah keluarga berpenat membnting tulang mencari rezeki, kita perlulah sentiasa saling membantu meringgankan beban keluarga.
Bagi rangkap kedua pula dia mengakatakan bahawa dia akan berhati-hati untuk menjaga budi pekerrtinya. Oleh kerana dia menyanyangi keluarganya, budi pekertinya akan dia pelihara. Dia amat mencintai keluarganya dan sentiasa berada di dalam hatinya. Model ini meceritakan bahawa dia mempunyai abang, kakak, adik dan saudara dalam rangkap ketiga. Dia sentiasa mengatakan bahawa dia sayang akan ibu bapanya. Semasa dia memerlukan mereka ketika sush mereka semua akan ada bersama dia. Itulah yang dikatakan keluarga. Senang dan duka, keluarganya sentiasa bersamanya. Keluarga merukan segala-galanya baginya.  Hubungan adik beradik perlulah dijaga supaya tidak berlaku perbalahan. Melalui cerita ini dapat memberikan pengajaran kepada pembaca yang membaca buku ini.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...