Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA

KELUARGA

ASSALAMUALAIKUM...
Kali ini saya ingin meneceritakan tentang keluarga saya. Anggota keluarga merupakan sebahagian yang paling penting kepada kita kerana melalui keluargalah dapat meneyemarakkan lagi semangat untuk kita meneruskan kehidupan. Keluarga biasanya terdri daripada ibu, ayah, abang , kakak dan adik. Saya mempunyai enam ahli keluarga. Saya merupakan anak yang kedua. Saya mempunyai seorang abang dan dua adik kembar. Ayah saya Omar Dani Bin Ahmad dan beliau berumur 54 tahun dan ibu saya Siti Mariam Binti Abdullah dan berumur 45 tahun. Abang saya pula Muhammad Akhmal berumur 24 tahun dan masih bujang.  Adik kembar saya pula berumur 12 tahun. Mereka diberi nama Nur Zulaikha dan Muhammad Adip Afnan. Mereka bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) pada tahun ini. Mereka berdua ini sering bergiat aktif dalam aktiviti sukan disekolah dan sering mendapat tempat semasa pertandingan yang dilakukan. Walaupun keluarga saya kecil tetapi kemeriahan bersama apabila berkumpul dapat menghadirkan rasa keriuhan suasana. Keluarga saya meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya untuk berajaya. Oleh itu, azam saya untuk setiap tahun adalah untuk menjadikan diri saya semakin mendapat peningkatan dari tahun ke tahun yang akan mendatang. Saya berterima kasih kepada keluarga saya yang selama ini telah memberi dorongan kepada saya untuk berjaya. Saya juga bersyukur kerana diberikan keluarga yang sentiasa memahami saya setiap masa.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...