Monday, February 17, 2020

BBM3420Satu2020: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Elemen asas grafik mengandungi lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

a) mudah
-  mudah dapat didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video.

b) warna
- didefinasikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk video mahupun foto,

c) teks
- teks merujuk kepada jenis dan saiz front yang dipilih dalam persembahan grafik.

d) kesesuaian
- didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesebuah foto atau video.

e) keseimbangan
- merujuk kepada ruang dalam foto atau video.


Gambar di atas menunujukkan proses menghasilkan kerja berkumpulan asas grafik😊 Melalui kerjasama antara ahli kumpulan, kami dapat menyiapkan tugasan asas grafik ini dengan cepat pada pukul 1:30 petang.


Kumpulan bagi asas grafik ini diberi nama Citra Purnama Production yang  terdiri daripada 10 orang ahli. Dalam kumpulan ini hanya terdapat seorang lelaki dan sembilan perempuan. Bersyukur kerana diberi ahli kumpulan yang dapat memberikan kerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.





Gambar diatas menunujukkan elemen grafik mudah. Ini bermaksud gambar tersebut mudah difahami bahawa itu merupakan gambar permandangan air terjun.





 Gambar di atas menunujukkan elemen warna. Gambar ini menarik kerana mempunyai elemen warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada alat komestik tersebut. Warna yang digunakan perlulah bersesuaian dengan latar. Pemilihan elemen warna dalam sesebuah gambar merupakan aspek yang penting bagi menghasilkan sebuah grafik yang menarik.


Gambar ini merupakan elemen teks. Warna font yang digunakan bersesuaian dan jenis font yang digunakan juga menarik iaitu terdapat font besar dan kecik. Pemilihan font perlulah diteliti supaya ianya bersesuaian dan tidak sukar dibaca.


Kesesuaian. Grafik yang digunakan adalah bersesuaian dengan latar tempat. Tulisan yang terdapat di dalam foto itu juga menunjukkan bahawa grafik tersebut bertujuan menerangkan' orang mukmin yang tenang'. Grafik air terjun yang bewarna biru itu jelas menunujukkan ketenangan yang ada dalam diri mukmin.


Gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan. keseimbangan dari segi ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Grafik ini dikatakan seimbang kerana ianya dapat disampaikan dengan baik. Pemilihan warna juga merupakan keseimbangan dalam sesebuah grafik. Dapat kita lihat melalui grafik ini pemilihan warnanya gelap dan cerah diseimbangkan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...