Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: cerita sosial


CERITA SOSIAL 1: Nenek dan Datuk




Cerita Nenek dan Datuk ini mengisahkan seorang budak yang bernama Alim. Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Alim mepunyai dua nenek da dua datuk  iaitu sebelah bapa dan ibunya. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik milik nenek dan datuknya di kampung. Selepas 30 minit Alim dan keluarganya telah sampai ke kampung neneknya. Dia terus keluar mencari ayam dan itik. Namun, malangnya, Alim tidak menjumpai haiwan ternakan tersebut dan dia terus menangis. Dia tertanya-tanya kenapa yam dan itik tersebut tiada di kampung. Nenek dan datuk terus berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis kerana risaukan dia. Nenek dan datuk bertanya kepada Alim kenapa menangis terus dia menceritakan hal yang sebenar. Alim menyangkakan ayam dan itik tersebut sudah hilang dan mati tetapi datuk dan nenek telah memberitahu bahawa ayam dan itik berada di reban yang baharu. Alim terus berhenti menangis dan kembali senyum. Selepas puas melihat ayam dan itik, Alim teus masuk ke dalam rumah. Dia pandang sekeliling ruang rumah kemudian dia berasa pelik kerana susun atur rumah tersebut sudah tidak sama macam yang sebelum ini. Alim berasa keliru dan dia terus menangis kerana menyangkan ruamh nenek dan atuk sudah tiada. Nenek terus memujuk Alim dan Alim memahami semua yang diterangkan oleh nenek kemudian Alim pon kembali senyum semula. Alim berhenti menangis dan kemudian duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Mardinah dan Aisyah.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...