Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN RULE OF THIRDS


KEPENTINGAN RULE OF THIRDS




Rule of thirds adalah teknik fotografi yang sangat penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Individu yang mengabil gambar perlulah menegetahui kegunaan rule of thirds supaya gambar yang diambil adalah tepat. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat sesuatu pemidang titik atau paparan LCD ysng digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting dari imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang juga penting untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting untuk diambilkan. Dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang perlu bergerak untuk mendapatkan posisi grid yang baik. Rule of thirds juga tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala juga boleh menghasilkan foto yang menarik. Kepentingan rule of thirds adalah untuk mendapatkan gambar yang cantik dan tepat semasa mengambil gambar. kepentinggannya juga memudahkan seseorang yang tidak mempunyai kemahiran menangkap gambar tetapi boleh menjadi mudah dan senang apabila menggunkan rule of thirds ini.

Rujukan: NormaliA Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...