Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN






Berdasarkan keputusan dan perbincangan kajian yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objebtif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) graf 6.1 ini menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre bagi kesusasteraan ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi, 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% ( 24 responden wanita )menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Untuk cerpen pendek, 86.7% (26 responden lelaki ) dan 96.7% (responden wanita) menyatakan blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden perempuan) menyatakan menulis skrip dengan menggunakan sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Pantun turut dinyatakan oleh responden. 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (resonden perempuan). 






Berdasarkan keputusan blog dan pembelajaran bahasa bagi graf 6.2, menurut Normaliza Abd Rahim (2019) penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunaka blog yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan perempuan. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden perempuan) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Menulis di blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden perempuan) menyatakan meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Menulis teka-teki, 93% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden perempuan) menyatakan bahwa menulis teka-teki di dalam blog adalah salah satu kaedah yang disukai oleh mereka.







Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam graf 6.3 diatas menyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan kedalam blog. Bagi video 100% responden lelaki dan wanita menyatakan bahwa dengan memasukkan video kedalam blog dapat memuaskan mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 100%. Ini bermakna mereka suka audio dimasukkan kedalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden perempuan) menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran.



Rujukan/ Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...