Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI



TWITTER DAN TREND TERKINI

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                    (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                            (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)







Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 telah mengatakan bahawa menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Hal ini bermaksud apabila kita melakukan penulisan kita akan dapat mengasah bakat menulis yang ada dalam diri kita. Dengan menulis juga kita akan dapat berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Untuk memulakan penulisan juga akan memberikan cabaran kepada seseorang. Cabaran yang dimaksudkan adalah seseorang individu kurang kemyakinan semasa melakukan penulisan da juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisan yang telah mereka lakukan. Hal ini membuatkan mereka keberatan untuk menulis. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017 pula menyatakan bahwa pelajar lebih suka penglibatan secara terus. Iaitu penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka focus pada proses pembelajaran bahasa. Penglibatan terus adalag sangat penting  bagi menegelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

BBM3410Satu2020: STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)


STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)



            Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
NURUL NAJWA BINTI OMAR DANI (196799).

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

CERITA SOSIAL 2











Cerita ini mengisahkan tentang bapa Alim yang membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. buah-buahan yang dibeli ialah buah tempatan kerana bapa Alim mengetahui anak-anaknya menyukai buah tempatan. Mereka sekeluarga menikmati buah-buahan tempatan tersebut bersama. Emak Alim berpesan bahawa jangan membuang sampah merata kerana dia sudah menyediakan bakul sampah. tiba-tiba Alim menanyakan soalan kepada ibunya sama ada bolehkah dia berkongsi buah tersebut dengan kawannya Sulaiman. Sulaiman itu merupakan jirannya. Dia ingin berkongsi kerana ibunya berpesan berkongsi makanan atau barang yang kita suka adalah perbuatan yang baik. Emaknya memuji perbuatan alim kerana dia ingat akan pesanan ibunya. Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman dan Sulaiman menerimanya dengan senyuman. Semasa Alim ingin membuang sampah ke dalam tong sampah di luar rumah, Alim terjumpa dengan Mak Cik Timah iaitu emak Sulaiman. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberi Sulaiman buah-buahan dan Alim pon berkata bahawa ibunya berpesan kita perlu berkonsi rezeki dengan orang lain. akhir sekali Makcik Timah pon mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

BBM3410Satu2020: PETA MINDA JENIS SHOT


JENIS-JENIS SHOT






Rujukan: NormaliA Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN RULE OF THIRDS


KEPENTINGAN RULE OF THIRDS




Rule of thirds adalah teknik fotografi yang sangat penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Individu yang mengabil gambar perlulah menegetahui kegunaan rule of thirds supaya gambar yang diambil adalah tepat. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat sesuatu pemidang titik atau paparan LCD ysng digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting dari imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang juga penting untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting untuk diambilkan. Dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang perlu bergerak untuk mendapatkan posisi grid yang baik. Rule of thirds juga tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala juga boleh menghasilkan foto yang menarik. Kepentingan rule of thirds adalah untuk mendapatkan gambar yang cantik dan tepat semasa mengambil gambar. kepentinggannya juga memudahkan seseorang yang tidak mempunyai kemahiran menangkap gambar tetapi boleh menjadi mudah dan senang apabila menggunkan rule of thirds ini.

Rujukan: NormaliA Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Friday, March 13, 2020

BBM3410Satu2020: VIDEO ASAS FOTOGRAFI

VIDEO ASAS FOTOGRAFI


Hasil video berkaitan asas fotografi :
1) siluet
2) pendua
3) kabur
4) bayang
5) Bird's eye view

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Selamat menonton video hasil kumpulan kami☺

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA KEPENTINGAN ASAS GRAFIK



PETA MINDA KEPENTINGAN ASAS GRAFIK






rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: NOTA ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu:
i) mudah
ii) warna
iii) teks
iv) kesesuaian
v) keseimbangan

MUDAH
 apabila melihat gambar atau video kita dapat mengetahui dan mengenal pasti akan gambar yang dilihat. ini bermaksud kita dapat memahami gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan.
contohnya, gambar seorang budak bermain di pantai. kita dapat memahami gambar tersebut dengan mudah.

WARNA 
kombinasi warna dalam sesuatu gambar atau video.
contoh, alatan kosmetik yang disusun di atas kain berwarna coklat.

TEKS
merujuk kepada saiz font yang digunkan. saiz font yang digunakan perlulah bersesuaian.

KESESUAIAN
gambar yang sesuai dengan latar tempat, latar masa, dan latar watak yang terdapat dalam suatu gambar atau video

KESEIMBANGAN

merujuk kepada kepada ruang dalam suatu foto atau video

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

1. menarik
2. mudah difahami
3. mesej
4. ketara
5. promosi

BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK

- pamplet
- bunting
-  poster
- gambar
- billboard
- video




rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS VANDIJK, 1977





VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (rajah 1). setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang diamati serta daripada topic atau tema sesuatu teks. Superstruktural pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi focus kepada makna local dripada suau teks yang  dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. 

Rujukan/ Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: TAKSONAMI STRATEGI KOMUNIKASI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)



TAKSONAMI STRATEGI KOMUNIKASI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)





Taksonami startegi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (rajah 7) mempunyai 12 taksanomi dalam stategi komunikasi iaitu pengabaian dan peninggalan mesej, pengelakan topic, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah buka bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu startegi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penagguhan strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, stategi tidalk langsung dan strategi interaksi.
Taksonami strategi komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakkan topic merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topic oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonami seterusnya ialah penggunaan perkataan sama tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonami startegi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksanomi dalam stategi komunikasi iaitu pengabaian dan peninggalan mesej, pengelakan topic, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah buka bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda.  Kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu startegi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penagguhan strategi tambahan waktu.

Rujukan/ BibliografI
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTRAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTRAGRAM





Manfaat penggunaan instragram ialah dapat membantu mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek instragram. Seterusnya, memberi peluang untuk mebuka hati kepada umum tentang rutin harian dan juga dapat berkongsi pengetahuan kepada pengguna instragram lain. Selanjutnya, dapat meningkatkan penggunaan teknologi dan membantu mencipta sukatan pelajaran baharu serta mencipta aura positif dalam video.

Rujukan/ Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN






Berdasarkan keputusan dan perbincangan kajian yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objebtif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) graf 6.1 ini menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre bagi kesusasteraan ialah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi, 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% ( 24 responden wanita )menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Untuk cerpen pendek, 86.7% (26 responden lelaki ) dan 96.7% (responden wanita) menyatakan blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. 76.7% (23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden perempuan) menyatakan menulis skrip dengan menggunakan sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Pantun turut dinyatakan oleh responden. 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (resonden perempuan). 






Berdasarkan keputusan blog dan pembelajaran bahasa bagi graf 6.2, menurut Normaliza Abd Rahim (2019) penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunaka blog yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan perempuan. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden perempuan) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Menulis di blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden perempuan) menyatakan meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Menulis teka-teki, 93% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden perempuan) menyatakan bahwa menulis teka-teki di dalam blog adalah salah satu kaedah yang disukai oleh mereka.







Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam graf 6.3 diatas menyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan kedalam blog. Bagi video 100% responden lelaki dan wanita menyatakan bahwa dengan memasukkan video kedalam blog dapat memuaskan mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan untuk kedua-dua responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 100%. Ini bermakna mereka suka audio dimasukkan kedalam blog. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden perempuan) menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran.



Rujukan/ Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu Universiti Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

KALENDAR 2021 Tugasan menghasilkan kalendar adalah tugasan terakhir bagi kelas multimedia dalam bahasa. unt...